In today's entry, I would prefer to share the benefits of performaing Solat Hajat 12 Rakaat. May ALLAH s.w.t bless our life now and hereafter. Insyaallah.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Bismillahirrahmanirrahim.....
KEISTIMEWAAN SOLAT HAJAT DUA BELAS RAKAAT
Riwayat Wuhaib bin Ward yang berkata:
"Sesungguhnya sebahagian daripada doa yang tidak
ditolak ialah solat seorang hamba sebanyak dua belas rakaat dimana ia membaca
pada tiap rakaat Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi dan Surah Al-Ikhlas. Apabila telah
selesai, sujudlah dia sambil membaca doa
Maksudnya:
"Maha Suci Tuhan yang memakai akan kemuliaan dan
berfirman dengan dia. Maha Suci Tuhan yang bersifat dengan kebesaran dan
kemurahan. Maha Suci Tuhan yang menghinggakan bilangan tiap-tiap sesuatu dengan
ilmuNya. Maha suci Tuhan yang Sayugialah bertasbih selain untukNya. Maha Suci
Tuhan yang mempunyai nikmat dan kemuliaan. Maha Suci Tuhan yang mempunyai
kekuasaan. Aku bermohon kepada Engkau dengan segala tempat kemulian dari ArasyMu
dengan rahmat yang setingginya dari KitabMu, dengan namaMu yang Maha Agung,
kesungguhanMu yang Maha Tinggi dan Kalimat-kalimatMu yang Maha Tinggi dan
KalimatMu yang Maha Sempurna, lagi melengkapi, yang tidak dilampaui oleh orang
yang berbuat kebajikan dan yang berbuat kejahatan. Bahawa Engkau anugerahkan
rahmat kiranya kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad."
Cara solat hajat:
1. Lafaz niat.
أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ
تَعالىَ
Ertinya:
“Sahaja aku sembahyang sunat hajat dua rakaat kerana
Allah Taala”
2. Membaca Al-Fatihah, Ayat Kursi dan Surah Al-Ikhlas di
dalam rakaat yang pertama dan di dalam rakaat yang kedua.
3. Sesudah memberi salam, sebelum berubah tempat, sujud
pula sekali serta membaca doa khasnya seperti yang disampaikan oleh Wuhaib bin
Ward kemudian pohonlah apakah hajat dan kehendaknya sama ada untuk kebaikan di
dunia atau kebaikan untuk akhiratnya. InsyaAllah terkabul
hendaknya.
4. JANGANLAH menggunakan sembahyang hajat untuk
memohon sesuatu yang maksiat atau dengan tujuan jahat.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
This blog is definitely worth to read. It's all about the beauty of Islam and how we associate Islam in all aspects in life . May ALLAH give us HIS guidance to be a better Muslim. Kalau nak view website ni u can always go to:
OR his facebook page:
Moga-moga ALLAH s.w.t kurniakan kebaikan dan berkat kepada tuan punya website ni sebab memberi kita banyak info tentang ilmu Islam. Amin. :)
Wassalam.
No comments:
Post a Comment