Pages

Followers

Thursday, August 2, 2012

Ayam Penyet.Ayam Penyet.Ayam Penyet.

Assalamualaikum semua!

Selamat hari Khamis....Tak sabau aku nak ber-long weekend ni..Oh fyi, aku cuti Isnin ni...Hehe...

Bila dah tau cuti hari Isnin ni, mula la aku ni berangan nak main masak2...Hehe...

Cakap pasal masak2, masa buka puasa semalam, mak mertua aku buat ayam penyet...Perghhh! Lazat sungguh... (Fyi, di bulan Ramadhan ni, aku tido di rumah mak mertuaku...Jadi, hari2 pon berbuka di rumah mak mertua aku lah... Untunggg naa...Ada org masak sedap2..Hehe....)



Jadinya, masa sahur tadi, aku korek2 laaa resepi dari mak mertua aku ni, mcm mana nak masak ayam penyet dia ni... Mak mertua aku semalam, buat cara dia la..siap ada tomyam lagi...Perghhh.. Memang lazat!

Jadi, ni lah resepi dari mak mertua aku:-

BAHAN-BAHANNYA ye kawan-kawan!

Ayam Goreng Penyet:-

Ayam seekor potong ikut suka la nak potong berapa pon...
3 sudu besar jintan manis
3 sudu besar jintan putih
5 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 batang serai
1 inci lengkuas
Daun limau purut
Air

(Semua bahan2 di atas kecuali ayam ditumbuk ye kawan2)

CARA-CARANYA:-

Masukkan ayam ke dalam kuali/periuk bersama2 dgn bahan yg telah ditumbuk. Masukkan air dan daun limau purut dan pastikan air melebihi paras yang hendak direbus. Masukkan garam secukup rasa. Apabila ayam dah empuk, keluarkan ayam dan tapiskan air rebusan ayam tu.

BAHAN-BAHAN UNTUK SAMBAL AYAM PENYET:-

30 biji cili padi merah
12 biji cili hidup (cili merah)
4 biji tomato
15 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci belacan (dibakar)
Air Asam Jawa

(Semua bahan2 di atas ditumbuk ye kawan2)


CARA CARA MEMBUATNYA :-
Setelah digoreng, semua bahan bahan perlulah ditumbuk satu persatu. Masukkan semua bahan kedalam kuali dan digoreng sehingga naik minyak. Masukkan air asam jawa bersama garam dan gula secukup rasa. Goreng ayam yang telah direbus sehingga garing. Hidangkan bersama nasi putih,tempe dan tauhu goreng,timun dan kubis.


Sekian, terima kasih...Aku tak sabar nak mencuba resepi ni sendiri.... Huahuahua... Selamat mencuba jugak untuk hampa semua.

Oh ye..Semalam mak mertua aku buat tomyam jugak untuk dimakan dengan nasik dan ayam penyet tu...Jadi, xdaklah kering sgt nasik tu....Yummyy...Sedapppp.... Resepi tomyam tu pandai2 la ye hampa cari resepi...hehe....

oklah..sampai di sini saja...Bye2 semua..Assalamualaikum.

2 comments:

thisisfarhana said...

resipi ni berape org mkn weh?

Unknown said...

Hahaha...Aku pon tak pasti...Rasanya 4-6 org pon leh makan....