Pages

Followers

Tuesday, August 7, 2012

18 Ramadhan

Assalamualaikum semua.

Cepat sungguh masa berlalu...Dia naik superbike ka apa??Hehe...Sudah 18 Ramadhan...Lagi 2 minggu saja lagi kita nak mengecapi nikmat Ramadhan...Sebenarnya, aku rasa sedih...Betui ni sedih...Tak tipu!

Tapi, aku mengaku la..Masa aku kecik2 dulu, aku tak sabar2 nak tunggu Syawal...Sebab dok kira2 duit raya tu...Tapi bila dah besaq ni, kita dah mula faham keberkatan yang ada dalam bulan Ramadhan ni, mula la rasa gembira nak sambut Ramadhan, sedih nak biarkan Ramadhan berlalu dgn cepat...Ewahhhh.....

Nak lagi sedih, kita yang pompuan ni, bukan boleh puasa cukup...Mcm aku ni kadang2 terpaksa tinggal puasa sampai 10 hari...ada sekali tu sampai 13 hari...Sedih...Out of 30 days, aku hanya boleh berpuasa dan merasai nikmat Ramadhan tu 17-20 days je...

Oklah. Sampai sini ja entry aku..Saja nak habaq rasa sedih sebab Ramadhan dah nak habis... (T__T)

Wassalam.


Thursday, August 2, 2012

Roti Aiskrim Goreng

Assalamualaikum semua!!!

Amboi..Mentang-mentang la bulan Ramadhan ni, asyik nak post entry pasai makanan ja aku ni...Hehe..


Aku ni dok belek2 resepi2 segala makanan kat Google tadi..terjumpa resepi ni mcm mudah saja...Resepi Roti Aiskrim Goreng....Mcm mudah je aku baca resepinya...Jadi, aku mahu mencubanya...


Ini dia resepi Roti Aiskrim Goreng untuk tatapan semua:-


Bahan-bahan:
  • 10 keping roti putih
  • 5 scope aiskrim (apa2 perisa)
  • Plastik wrap ( untuk balut roti)
  • Minyak

Cara-Caranya:
  1. Gelek jer roti tu untuk mendapatkan roti yg padat.
  2. Skopkan aiskrim ke atas roti.
  3. Tutupkan aiskrim dgn sekeping roti lagi.
  4. Gunakan cawan plastik sebagai acuan dan tekan acuan tu kat atas roti sampai roti tu terputus jadi bulat...
  5. Balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam frezeer selama 3jam atau semalaman - kebanyakan orang simpan semalaman.
  6. Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan. Jangan lama, paling kurang 1-2min sahaja tp pastikan minyak sudah betol2 panas.










Amacam? Mudah kan? Dan nampak mcm sedap kan??

Apa lagi...Cuba la ye....Hehe...

Sekian, terima kasih. Assalamualaikum semua. Selamat mencuba!

Ayam Penyet.Ayam Penyet.Ayam Penyet.

Assalamualaikum semua!

Selamat hari Khamis....Tak sabau aku nak ber-long weekend ni..Oh fyi, aku cuti Isnin ni...Hehe...

Bila dah tau cuti hari Isnin ni, mula la aku ni berangan nak main masak2...Hehe...

Cakap pasal masak2, masa buka puasa semalam, mak mertua aku buat ayam penyet...Perghhh! Lazat sungguh... (Fyi, di bulan Ramadhan ni, aku tido di rumah mak mertuaku...Jadi, hari2 pon berbuka di rumah mak mertua aku lah... Untunggg naa...Ada org masak sedap2..Hehe....)



Jadinya, masa sahur tadi, aku korek2 laaa resepi dari mak mertua aku ni, mcm mana nak masak ayam penyet dia ni... Mak mertua aku semalam, buat cara dia la..siap ada tomyam lagi...Perghhh.. Memang lazat!

Jadi, ni lah resepi dari mak mertua aku:-

BAHAN-BAHANNYA ye kawan-kawan!

Ayam Goreng Penyet:-

Ayam seekor potong ikut suka la nak potong berapa pon...
3 sudu besar jintan manis
3 sudu besar jintan putih
5 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 batang serai
1 inci lengkuas
Daun limau purut
Air

(Semua bahan2 di atas kecuali ayam ditumbuk ye kawan2)

CARA-CARANYA:-

Masukkan ayam ke dalam kuali/periuk bersama2 dgn bahan yg telah ditumbuk. Masukkan air dan daun limau purut dan pastikan air melebihi paras yang hendak direbus. Masukkan garam secukup rasa. Apabila ayam dah empuk, keluarkan ayam dan tapiskan air rebusan ayam tu.

BAHAN-BAHAN UNTUK SAMBAL AYAM PENYET:-

30 biji cili padi merah
12 biji cili hidup (cili merah)
4 biji tomato
15 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci belacan (dibakar)
Air Asam Jawa

(Semua bahan2 di atas ditumbuk ye kawan2)


CARA CARA MEMBUATNYA :-
Setelah digoreng, semua bahan bahan perlulah ditumbuk satu persatu. Masukkan semua bahan kedalam kuali dan digoreng sehingga naik minyak. Masukkan air asam jawa bersama garam dan gula secukup rasa. Goreng ayam yang telah direbus sehingga garing. Hidangkan bersama nasi putih,tempe dan tauhu goreng,timun dan kubis.


Sekian, terima kasih...Aku tak sabar nak mencuba resepi ni sendiri.... Huahuahua... Selamat mencuba jugak untuk hampa semua.

Oh ye..Semalam mak mertua aku buat tomyam jugak untuk dimakan dengan nasik dan ayam penyet tu...Jadi, xdaklah kering sgt nasik tu....Yummyy...Sedapppp.... Resepi tomyam tu pandai2 la ye hampa cari resepi...hehe....

oklah..sampai di sini saja...Bye2 semua..Assalamualaikum.