Pages

Followers

Tuesday, November 20, 2012

Pray For GAZA!

Assalamualaikum semua..

Harini taknak tulis apa2..Cuma saya nak mintak, jom kita sama2 berdoa utk saudara2 kita di Gaza....

Moga ALLAH lindungi mereka dari kekejaman Israel....

























Saturday, November 17, 2012

Kisah Nabi Zakaria

Nabi Zakaria sudah lanjut usianya, kepalanyanya sudah dipenuhi uban keseluruhannya dan tulangnya sudah tak berdaya lagi serta punggungnya pun sudah bongkok. Dia sudah tidak kuasa lagi untuk berjalan lebih jauh, selain ke tempat ibadatnya untuk beribadat dan memberikan pelajaran. Di tempat beribadat itulah dia setiap hari menunaikan kewajibannya.
Setelah larut malam, dia pulang ke rumahnya mendapatkan isterinya, isteri yang tidak kurang pula tuanya dengan dia, seluruh rambutnya sudah putih, badannya pun sudah lemah. Dia sudah tidak kuat berjalan jauh, selain berulang alik ke kedai kecil, tempat dia berjualan kecil-kecilan untuk sekadar penutup hajat dan keperluan hidupnya sehari-hari. Kalau ada pendapatan yang berlebih, maka kelebihannya itu diberikan kepada orang-orang yang datang meminta, kepada orang-orang kekurangan yang perlu dibantu dan ditolongnya. Bila selesai berjualan, dia pulang ke rumah dan tidak lain yang dikerjakannya, kecuali beribadat, memuji dan mensyukuri nikmat Allah.
Sudah sembilan puluh tahun konon usia Zakaria di kala itu, namun belum beroleh seorang anak pun. Sejak masih muda belia, kedua suami isteri itu ingin beroleh seorang anak. Makin bertambah tuanya, hasrat untuk beroleh anak itupun semakin hebat juga tumbuh di dalam jiwa kedua suami isteri itu.
Inilah yang menyebabkan kedua orang suci ini sedih dan gundah selalu, apalagi menurut kebiasaan, orang yang sudah tua seperti mereka itu, tidak mungkin lagi beroleh anak.
Hasrat mi timbul dan semakin kuat, bukan semata mata kerana ingin beroleh anak yang dapat mengurus hari tuanya, tetapi lebih lebih lagi ingin untuk melanjutkan pelajarannya yang sudah diberikannya selama hidupnya, apa lagi masih banyak di antara orang dan keluarganya sendiri yang tidak mahu tunduk dan terus menerus melakukan perbuatan perbuatan yang jahat dan sesat, tidak menghiraukan ajaran yang tertulis dalam al-Kitab.
Hasratnya ini semakin bergejolak juga dalam jiwa di antara lapisan-lapisan jantung dan kalbunya. Untung kesabaran yang ada padanya, dapat juga mempertahankan dirinya untuk berlaku tenang. Tetapi bila hari sudah malam, seluruh alam sudah gelap gelita dan semua orang sudah tidur, di kala itulah hasrat itu tidak terkira hebatnya. Bunyi jengkerik dan binatang binatang kecil dalam kesepian malam yang gelap itu, sesungguh menyalakan hasratnya yang sudah bernyala itu, sehingga tidak tertahan lagi rasanya.
Inilah nasib yang menimpa kedua orang tua itu, nasib yang tidak kurang pula hebatnya dengan nasib nasib para Nabi dan Rasul lainnya, nasib yang jauh lebih ngeri dan sengsara, dan menghadapi musuh di medan perang, sebagai nasibnya beberapa orang Nabi dan Rasul.
Pada suatu hari, di kala Zakaria masuk ke mihrabnya, sebagai biasanya sesudah beribadat kepada Tuhannya, dia lalu masuk ke mihrab Mariam gadis yang masih kecil yang berada di samping mihrabnya sendiri. Didapatinya Mariam sedang tenggelam dalam pemikirannya, asyik dengan solatnya, sedang di hadapannya terdapat makanan yang berupakan buah buahan.
Dia merasa hairan, dan manakah datangnya makanan itu, seorang manusia pun tidak diperbolehkan dan tidak dapat masuk ke situ, selain Zakaria dan Mariam sendiri. Lebih hairan lagi, kerana buah buahan itu adalah buah musim panas, sedang di kala itu waktunya musim dingin.
Zakaria lalu bertanya kepada Mariam: Hai Mariam, dari manakah datangnya buah buahan itu?
Jawab Mariam: Makanan ini dari Allah. Allah telah mengirimnya kepada saya tiap pagi dan tiap petang tanpa saya minta. Janganlah engkau terperanjat, bukankah Allah memberi rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki ?
Dengan kejadian itu, Zakaria memperoleh kejadian baru. Fikirannya memikir sedalam dalamnya, tentang keluarbiasaan dan kemuliaan gadis kecil itu. Yakinlah dia bahawa dan gadis itulah akan memancar sinar yang lebih kemilau, cahaya yang lebih terang, untuk menerangi alam yang masih kabur.
Hasrat untuk beroleh seorang anak lelaki semakin tambah bernyala nyala dalam hasrat hatinya, untuk menyambut cahaya itu, kerana dia sudah mendekati ajalnya. Dia khuatir, kalau kalau cahaya itu tidak diterima manusia yang lain, kerana manusia rata rata masih engkar dan menyanggah setiap sinar yang memancar. Zakaria lalu menengadahkan kedua belah tangannya, berdoa ke hadhrat Allah dengan segenap jiwa raganya: Ya, Allah! Janganlah aku Engkau biarkan seorang din, Engkau sebaik baik Zat yang memberi turunan. Ya Tuhanku, telah lemah tulan belulangku dan telah penuh uban di kepalaku dan bukanlah aku seorang sial dalam berdoa kepadaMu. Sesungguhnya aku khuatir akan keadaan keluarga yang akan kutinggalkan, sedang isteriku adalah mandul. Beri jualah kepadaku dan kurniaMu seorang yang akan menjadi penggantiku !
Doa Zakaria itu dengan cepat dijawab oleh Malaikat yang sedang berada pula dalam mihrabnya: Ya, Zakaria! Tuhan akan memberimu seorang anak yang bernama Yahya dan belum pernah ada manusia yang bernama Yahya.


Jawapan Malaikat itu terdengar jelas oleh Zakaria. Hatinya yang gembira segera diiringi oleh kehairanan yang lebih besar lagi. Dengan jalan bagaimanakah dia akan memperolehi seorang anak yang dijanjikan Malaikat itu, kerana dia sendiri sudah terlalu tua dan tidak sanggup lagi mendekati isterinya, untuk menjadi sebab beroleh anak yang dicita-citakan.
Kehairanan Zakaria ini segera pula dijelaskan oleh Malaikat dengan menerangkan: Bukankah Allah yang menjadikanmu, sedangkan sebelumnya kamu tidak ada? Dan Tuhan itu pulalah yang akan memberi engkau seorang anak.
Jelas keterangan Malaikat itu, tetapi Zakaria ingin lebih jelas dan lebih nyata lagi. Sebab itu dia lalu meminta kepada Tuhan untuk memberikan tanda tanda yang nyata atas janji itu. Allah lalu menjawab dengan berfirman kepada Zakaria: Sebagai tanda engkau tidak dapat berkata kata kepada manusia tiga hari lamanya dan bila ingin berkata, engkau hanya dapat dengan isyarat saja.
Tanda ini benar benar terjadi. Hati Zakaria menjadi tenang. Kegelisahannya hilang. Dia tinggal menunggu bila dan bagaimana caranya dia akan beroleh seorang anak.
Tidak lama kemudian, isterinya yang sudah tua itu, lalu mengandung dan akhirnya melahirkan seorang anak yang suci dan mulia, serta diberi nama Yahya, iaitu yang sudah ditentukan Allah.
Anak bayi yang luarbiasa keadaannya, sihat badannya dan amat cepat besarnya, kuat akalnya dan terang pemikirannya. Walaupun masih muda belia, dia sudah cekap dengan berbagai ilmu pengetahuan, hafal akan segala isi Kitab Suci Taurat dengan segala keterangannya, begitu pula dengan masalah masalah yang sekecil kecilnya, sampai kepada masalah masalah yang sebesar besarnya.
Sebab itu dialah yang ditetapkan menjadi penghukum antara manusia dengan manusia, dengan hukuman yang seadil adilnya. Dia menjadi pemegang kekuasaan yang tertinggi. Dia berani menjalankan yang hak dan tidak gentar dia menghukum yang salah. Tidak seorang juga yang berani menentang kata dan melanggar aturan yang ditetapkannya.
Akhirnya disampaikan orang kepadanya berita yang mengatakan bahawa Raja Hirodus yang menjadi Raja Palestin, jatuh cinta anak saudara Yahya, Hirodia namanya. Memang gadis itu luarbiasa cantiknya. Parasnya yang bulat seperti purnama penuh, matanya yang cemerlang laksana bintang kejora, perawakannya yang ramping dengan rambutnya yang panjang itu, telah lama menjadi buah bibir setiap pemuda Palestina.
Keinginan raja itu rupanya sudah menjadi suatu keputusan. Raja telah meminang anak gadis itu kepada ibu bapa dan keluarganya dan putusan pun rupanya sudah ada, bahawa raja akan kahwin dengan gadis itu.
Mendengar hal ini Yahya menghukumkan dengan terus terang, bahawa perkahwinan Raja Hirodus dengan gadis Hirodia itu tidak sesuai dengan peraturan agama ketika itu, serta bertentangan dengan Kitab Suci Taurat. Yahya dengan tegas berkata: Perkahwinan itu tidak akan saya akui, malah saya akan tetap menentangnya dengan sekeras kerasnya.
Mengapa Nabi Yahya tidak mengizinkan dan tidak membenarkan perkahwinan tersebut? Menurut Abdullah bin Zubair, gadis yang bernama Hirodia atau Harduba itu adalah anak Hirodus itu sendiri. Sedang menurut as-Suddy, gadis itu adalah anak isterinya (anaktirinya) sendiri. Sedang menurut Ibnu Abbas, gadis itu adalah anak dan saudara lelaki dan Hirodus sendiri. Menurut hukum Taurat sama dengan hukum al-Quran yang sekarang ini, bahawa anak sendiri, anaktiri atau anak dan saudara sendiri tidaklah halal menikahinya.
Nabi Yahya sebagai seorang Nabi dan Rasul Allah yang diutus Allah untuk melaksanakan hukum Taurat, tentu saja tidak dapat menetapkan atau membenarkan sesuatu pernikahan yang bertentangan dengan hukum Taurat itu, sekalipun yang akan kahwin itu seorang maharaja yalig bagaimana juga besar pengaruh dan kekuasaannya.
Nabi Yahya menghadapi dua percubaan atau ujian yang amat kuat sekaligus. Pertama pertentangannya dengan seorang raja yang amat kuasa dan sangat ganas, menghadapi mata pedang yang sudah teracung ke lehernya. Kedua beliau menghadapi rayuan dan cumbuan dari seorang gadis ayu yang tak ada taranya, iaitu menghadapi mata pedang asmara yang lebih berbahaya dan lebih tajam lagi dan mata pedang yang berupa besi yang diasah tajam itu.
Dia seolah olah disuruh memilih antara hidup atau mati. Hidup dengan melanggar hukum Taurat, atau mati dengan mentaati hukum tersebut. Akhirnya Nabi Yahya mengumumkan putusannya yang luarbiasa, iaitu tetap tidak membenarkan perkahwinan antara Raja Hirodus dengan gadis Hirodia dan akan menentangnya.
Keputusan Yahya ini akhirnya tersebar luas di kalangan penduduk, tersiar pula ke seluruh pelosok dunia, ke tiap kota dan istana raja raja lainnya, ketempat tempat ibadat dan tempat tempat keramaian.
Alangkah kagetnya gadis Hirodia mendengar putusan Yahya ini, kerana dia sendiri sudah melamun akan menjadi permaisuri besar, menjadi isteri seorang raja besar. Dia tidak senang dengan adanya khabar itu, dengan perasaan marah dia segera merencanakan suatu tindakan, sekalipun dia harus bertentangan dengan Yahya, iaitu bapa saudaranya sendiri, kerana menurut sangkaannya, bapa saudaranya (Yahya) sendirilah yang ingin kahwin dengannya.
Tetapi dengan cara bagaimanakah dia akan dapat bertindak? Dia adalah seorang wanita. Fikiran jahatnya lalu timbul, iaitu dengan bersenjatakan kecantikannya, dia ingin mencemarkan dan menjatuhkan nama baik Yahya.
Dia segera berhias diri secantik cantiknya dan dipakainya pakaian serta perhiasan yang bagus bagus dan mahal mahal harganya. Dia lalu masuk ke tempat bapa saudaranya bekerja. Dengan senyuman manis dan gerak geri yang dibuat buatnya itu, dia berkata kepada pamannya dengan kata kata yang menarik hati.
Nabi Yahya bin Zakaria a.s. sebagai yang telah ditegaskan oleh Allah dalam al-Quran, adalah seorang yang pertama membenarkan dan mempercayai akan kenabian dan Kerasulan Isa al-Masih a.s., yang akan menjadi pimpinan yang terpelihara dan segala dosa dan kejahatan, lalu diangkat Allah menjadi Nabi dan Rasul dari manusia manusia yang baik.
Menurut Ibnu Masud dan Ibnu Abbas serta sahabat lainnya, selain baik rupa dan perangainya, kuat beribadat, mengekang diri dari segala syahwat (nafsu) sehingga menjauhkan din dari wanita.
Ketika Hirodia datang menggodanya, Nabi Yahya menjauhkan diri dan memerintahkan kepada Hirodla agar menutup seluruh tubuhnya dan menerangkan kepadanya apa yang tertulis di dalam Kitab Suci Taurat bahawa orang orang yang melakukan zina akan diseksa di hari kiamat dan berbau lebih busuk daripada bangkai.
Mendengar jawaban Yahya demikian, gadis Hirodia menjadi malu dan jengkel. Semua manusia termasuk raja menginginkan dirinya, sedangkan Yahya menolak sekalipun dia yang datang sendiri merayunya. Maksudnya dengan rayuan ini, ialah bila Yahya dapat ditarik kepada dirinya, atau menyentuh dirinya, ia akan menuduh bahawa kerana tertarik akan dirinya itulah Yahya tidak mahu membenarkan perkahwinannya dengan Raja Hirodus yang berkuasa. Dan dengan alasan itulah ia akan meminta kepada Hirodus agar Yahya dibunuh saja, agar perkahwinannya dengan Hirodus dapat dilangsungkan tanpa gangguan dan Yahya lagi.
Kerana gagal dengan cara yang begitu, ia tidak kehilangan akal. Dia datangi Raja Hirodus dan berkata kepadanya: Sekiranya engkau benar benar cinta kepadaku, aku ingin bukti, ialah agar engkau membunuh Yahya bin Zakaria.
Hirodus ini memerintah dari tahun 4 sebelum Masehi sampai tahun 37 sesudah Masehi, adalah anak Raja Hirodus Agung yang memerintah sebelumnya. Seorang raja yang telah membunuh beratus ratus Nabi dan orang orang saleh, di antaranya terdiri dari keluarganya sendiri. Tidaklah hairan kalau anaknya sendiri iaitu Hirodus yang ingin kahwin dengan anak saudaranya sendiri Hirodia, jauh lebih ganas dan bapaknya sendiri. Dengan segera dia menangkap Nabi Yahya, dimasukkan ke dalam penjara dan akhirnya dibunuhnya pula, untuk memenuhi kehendak kekasihnya itu.
Tidak lama sesudah darah Nabi Yahya tertumpah membasahi bumi, Allah murka, dan kemurkaan Allah ini berubah menjadi bencana hebat yang menimpa Bani Israel termasuk Rajanya Hirodus dan Hirodia kekasihnya.
Setelah Nabi Zakaria mengetahui akan kematian anaknya Nabi Yahya, Nabi Zakaria melarikan din untuk menghindarkan penangkapan, kerana sudah tersiar pula khabar bahawa ia juga akan dibunuh. Beliau bersembunyi di dalam sebuah kebun dekat kota Jerusalem. Akhirnya kebun itupun dikepung oleh alat alat negara untuk menangkapnya.
Konon khabarnya sebuah pokok kayu yang besar membelah dirinya dan mempersilakan Zakaria bersembunyi di dalam batangnya. Tetapi Iblis telah memberitahukan kepada para pengepung bahawa Zakaria bersembunyi di dalam pokok kayu itu. Mereka lalu memotong kayu tersebut, sehingga Nabi Zakaria mati terbunuh pula.
Dengan kematian Nabi Yahya dan Nabi Zakaria, Allah menimpakan bencana demi bencana kepada Bani Israel, yang berupa serangan serangan dari tentera musuh yang amat ganas, sebagaimana juga sudah sering terjadi sebelumnya.
Pernah dalam suatu serangan yang dilakukan oleh musuh mereka, 120,000 orang, termasuk pembesar pembesar mereka mati terbunuh semuanya. Hanya sedikit saja yang dapat meloloskan diri dan pembunuhan itu. Terkenal dalam sejarah dunia serangan Nebukadnezar dari Babilon dan serangan Titus dan Rome, sebelum dan sesudah lahirnya Isa al-Masih a.s.
Firman Allah dalam al-Quran surah al-Isra, ayat 48:
Dan Kami (Allah) putuskan (takdirkan) bagi Bani Israel dalam Kitab itu: Sesungguhnya kamu akan mengadakan kerosakan di bumi dua kali (berulang ulang), dan sesungguhnya kamu akan sombong dengan sebesar besar kesombongan. Maka apabila datang perjanjian yang pertama dari yang dua itu, kami utus untuk menunjuki kamu, hamba hamba Kami yang mempunyai kekuatan yang sangat, lalu mereka bersimaharajalela di seluruh negeri, dan adalah perjanjian itu sudah dilakukan. Kemudian Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan atas mereka dan Kami beri kepada kamu harta dan anak, serta Kami jadikan kamu menjadi bilangan yang banyak (kembali). Jika kamu berbuat kebajikan, berarti kamu berbuat kebajikan bagi dirimu sendiri. Dan jika kamu berbuat kejahatan, bererti kamu berbuat kejahatan bagi dirimu. Maka apabila datang perjanjian yang akhir (Kami utus mereka) supaya mereka membusukkan akan muka muka kamu (merosak dan mengalahkan kamu), dan supaya mereka masuk ke dalam Masjid (maksudnya Baitul Maqdis), sebagaimana mereka sudah masuk ke dalamnya pertama kali, dan supaya mereka binasakan kamu selagi mereka berkuasa. Mudah mudahan Tuhan kamu mengasihi kamu, dan jika kamu kembali, Kami akan kembali (menyeksamu), dan Kami jadikan Jahannam bagi orang orang kafir sebagai kurungan.

Monday, October 15, 2012

'MC' Yang Paling Meninggalkan Kesan

Assalamualaikum semua....
 
MC yang paling meninggalkan kesan???
 
Hehe....
 
Takdak apa pon...Aku demam last week...Bukan setakat aku yg demam, husband aku pon demam....pada hari yang sama, waktu yg sama....Wow...Sapa yang jaga siapa? Mmg dua2 tak terjaga sapa2 la...Alhamdulillah, time kami demam tu ada adik aku...Jadi, adik aku la yang jadi driver kami and tolong beli makanan utk kami....
 
2 hari dpt MC....Dalam 2 hari MC ni, ingatan kami agak blur apakah yg telah terjadi selama 2 hari ni...Haha...Sebab masing2 macam Zombie, sedar tak sedar ja....Kebetulan, aku pulak dtg bulan time tu, lagi laaa aku sedar tak sedar ja....Sampai lupa la tarikh dan hari....
 
Tapi, Alhamdulillah....Aku bukan merungut sebab demam....Cuma nak habaq, aku jarang dpt MC 2 hari...haha...Insyaallah, moga ALLAH ampunkan dosa2 kecil kami daripada demam kami ni...
 
Kesan daripada demam ni, aku mmg jadi tak lalu makan.....Sampai ke harini aku punya tak lalu makan ni....Yang bagusnya, boleh la aku mendietkan diri aku secara tak langsung...Padahal bila aku tgk kat dlm cermin sama ja badan aku...Dok bulat lagu tu laa....Hehe....
 
Aku punya la tak lalu makan, sampai bau goreng2 or tumis2 pon aku takleh nak bau....Mcm nak muntah bila bau......Wekkkkk....
 
Punya laaa meninggalkan kesan yg mendalam kat aku demam kalini....Woohooooo!
 
Ok lah...Sampai sini saja.
 
Assalamualaikum semua.

Tuesday, August 7, 2012

18 Ramadhan

Assalamualaikum semua.

Cepat sungguh masa berlalu...Dia naik superbike ka apa??Hehe...Sudah 18 Ramadhan...Lagi 2 minggu saja lagi kita nak mengecapi nikmat Ramadhan...Sebenarnya, aku rasa sedih...Betui ni sedih...Tak tipu!

Tapi, aku mengaku la..Masa aku kecik2 dulu, aku tak sabar2 nak tunggu Syawal...Sebab dok kira2 duit raya tu...Tapi bila dah besaq ni, kita dah mula faham keberkatan yang ada dalam bulan Ramadhan ni, mula la rasa gembira nak sambut Ramadhan, sedih nak biarkan Ramadhan berlalu dgn cepat...Ewahhhh.....

Nak lagi sedih, kita yang pompuan ni, bukan boleh puasa cukup...Mcm aku ni kadang2 terpaksa tinggal puasa sampai 10 hari...ada sekali tu sampai 13 hari...Sedih...Out of 30 days, aku hanya boleh berpuasa dan merasai nikmat Ramadhan tu 17-20 days je...

Oklah. Sampai sini ja entry aku..Saja nak habaq rasa sedih sebab Ramadhan dah nak habis... (T__T)

Wassalam.


Thursday, August 2, 2012

Roti Aiskrim Goreng

Assalamualaikum semua!!!

Amboi..Mentang-mentang la bulan Ramadhan ni, asyik nak post entry pasai makanan ja aku ni...Hehe..


Aku ni dok belek2 resepi2 segala makanan kat Google tadi..terjumpa resepi ni mcm mudah saja...Resepi Roti Aiskrim Goreng....Mcm mudah je aku baca resepinya...Jadi, aku mahu mencubanya...


Ini dia resepi Roti Aiskrim Goreng untuk tatapan semua:-


Bahan-bahan:
  • 10 keping roti putih
  • 5 scope aiskrim (apa2 perisa)
  • Plastik wrap ( untuk balut roti)
  • Minyak

Cara-Caranya:
  1. Gelek jer roti tu untuk mendapatkan roti yg padat.
  2. Skopkan aiskrim ke atas roti.
  3. Tutupkan aiskrim dgn sekeping roti lagi.
  4. Gunakan cawan plastik sebagai acuan dan tekan acuan tu kat atas roti sampai roti tu terputus jadi bulat...
  5. Balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam frezeer selama 3jam atau semalaman - kebanyakan orang simpan semalaman.
  6. Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan. Jangan lama, paling kurang 1-2min sahaja tp pastikan minyak sudah betol2 panas.










Amacam? Mudah kan? Dan nampak mcm sedap kan??

Apa lagi...Cuba la ye....Hehe...

Sekian, terima kasih. Assalamualaikum semua. Selamat mencuba!

Ayam Penyet.Ayam Penyet.Ayam Penyet.

Assalamualaikum semua!

Selamat hari Khamis....Tak sabau aku nak ber-long weekend ni..Oh fyi, aku cuti Isnin ni...Hehe...

Bila dah tau cuti hari Isnin ni, mula la aku ni berangan nak main masak2...Hehe...

Cakap pasal masak2, masa buka puasa semalam, mak mertua aku buat ayam penyet...Perghhh! Lazat sungguh... (Fyi, di bulan Ramadhan ni, aku tido di rumah mak mertuaku...Jadi, hari2 pon berbuka di rumah mak mertua aku lah... Untunggg naa...Ada org masak sedap2..Hehe....)



Jadinya, masa sahur tadi, aku korek2 laaa resepi dari mak mertua aku ni, mcm mana nak masak ayam penyet dia ni... Mak mertua aku semalam, buat cara dia la..siap ada tomyam lagi...Perghhh.. Memang lazat!

Jadi, ni lah resepi dari mak mertua aku:-

BAHAN-BAHANNYA ye kawan-kawan!

Ayam Goreng Penyet:-

Ayam seekor potong ikut suka la nak potong berapa pon...
3 sudu besar jintan manis
3 sudu besar jintan putih
5 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 batang serai
1 inci lengkuas
Daun limau purut
Air

(Semua bahan2 di atas kecuali ayam ditumbuk ye kawan2)

CARA-CARANYA:-

Masukkan ayam ke dalam kuali/periuk bersama2 dgn bahan yg telah ditumbuk. Masukkan air dan daun limau purut dan pastikan air melebihi paras yang hendak direbus. Masukkan garam secukup rasa. Apabila ayam dah empuk, keluarkan ayam dan tapiskan air rebusan ayam tu.

BAHAN-BAHAN UNTUK SAMBAL AYAM PENYET:-

30 biji cili padi merah
12 biji cili hidup (cili merah)
4 biji tomato
15 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci belacan (dibakar)
Air Asam Jawa

(Semua bahan2 di atas ditumbuk ye kawan2)


CARA CARA MEMBUATNYA :-
Setelah digoreng, semua bahan bahan perlulah ditumbuk satu persatu. Masukkan semua bahan kedalam kuali dan digoreng sehingga naik minyak. Masukkan air asam jawa bersama garam dan gula secukup rasa. Goreng ayam yang telah direbus sehingga garing. Hidangkan bersama nasi putih,tempe dan tauhu goreng,timun dan kubis.


Sekian, terima kasih...Aku tak sabar nak mencuba resepi ni sendiri.... Huahuahua... Selamat mencuba jugak untuk hampa semua.

Oh ye..Semalam mak mertua aku buat tomyam jugak untuk dimakan dengan nasik dan ayam penyet tu...Jadi, xdaklah kering sgt nasik tu....Yummyy...Sedapppp.... Resepi tomyam tu pandai2 la ye hampa cari resepi...hehe....

oklah..sampai di sini saja...Bye2 semua..Assalamualaikum.

Thursday, July 26, 2012

Sudah 6 Ramadhan...

Amboiii tajukk! Haha..
Assalamualaikum semua!
Harini dah 6 Ramadhan....Jadi, aku tgh puasa ni...Haha....
Aku konon2 nya nak try buat Pavlova weekend ni...Tapi dah nak keluar jenjalan pulak..(Aku sebenarnya malas nak keluar...Tapi nanti kecik ati lak kalau aku takmo keluaq.)

Aku siap dah print resepi biskut2 raya and Pavlova tu...Confident habih la nak membaking Sabtu ni...Haha..Tapi, tu la...Dah nak keluaq pulak. Kena tangguhkan dulu la aktiviti membaking kepada next next week...



Depends pada tahap kerajinan aku la pulak....
 
 
Hampa dah beli baju raya? (common question masa bulan posa)
Aku belum beli lagi...Besa la aku...Hujung2 nak raya nanti baru la terhegeh2 pi beli baju raya...
 
 
Hampa dah buat kuih raya? (lagi common question masa bulan posa)
Kuih raya mmg aku tak penah pon buat sendiri..Tempah kat member2 opis ada laa...
 
 
Aku ingat tahun ni aku nak beli kad raya nak bagi kat kawan2 aku.....Dulu masa sekolah bila bulan posa ni, kat koperasi sekolah pon ada jual kad raya yg katun2 tu..Dlm satu pack ada 10 keping kad raya...Hihi...Pastu konon2 nak berahsia, pagi2 masuk kelas, letak kad raya kat bawah meja kawan2...Pastu, dengan tak ikhlasnya, aku mengharapkan balasan kad raya dari kawan2 aku..Hahaha...Sapa yang tak balas kad raya maknanya next year takyah bagi dah kad raya kat dia...Hahaha...Buruk perangai kan kecik2 dulu? Haha.... Hurmm...Rindu pulak time2 tu... (^____^)


Dulu masa ada marka (marka itu bukan suami saya..Cuma ex-marka ja), beria laa aku beli kad raya nala punyaaa besaqqq....Lagi besaq dari size A4 paper....Aku rasa 4 kali ganda size A4 paper tak silap aku...Haaa...Punya laaa nak tunjukkan kasih sayang..Hahaha....Sampai sanggup la aku pakai pos laju ka...Courier ka...Pos Ekspress ka....Siap tulih belakang sampul surat Tenkiu Encik Posmen... Mcm la Encik posmen tu nampak aku tulih mcm tu...Haha...


Nak2 ada yang lagi misteri selain dari letak kad raya kat dlm meja kawan secara sorok2, ada jugak yg sanggup mintak alamat rumah sebab nak pos kad ray..Snail Mail ok! Haha...Aku pon sama jugak la...Jadi dulu, kalau ada dgr bunyi moto posmen (dulu2 bunyi motor posmen pon aku cam...) Aku dah tersengih2 mcm kerang busuk dekat abg posmen tu depan pintu pagar rumah aku sambil mengharapkan kad raya untuk aku....Perasaan bila dekat sampul surat tu nama aku, memang tak terkata...Seronok sampai kembang2 lubang idung aku...Haha.. (Padahal, dpt kad raya ja pon...)
Nak lagi classic kenangan kad raya? Selalunya dalam kad raya mesti ada pantun ni kan? kan?
 
 
Pecah kaca, pecah gelas
Sudah baca, harap balas.
 
 
Haaa...Familiar tak pantun ni? haha...Kalau bagi kat budak2 zaman sekarang, mesti depa buat dono ja...Kita dulu, nampak pantun tu, terus pi beli kad raya berpacket2 semata2 nak balas semua kad raya...Hihi...Agak2 kat kedai buku Popular ada jual lagi dak Kad raya??

Tapi, zaman2 kad raya ni dah berlalu laaa aku rasa...Semua pakat online ja...Semua pakat pos kat Facebook dgn Twitter which is so0o0o0o0o0 boring!

Baju raya hampa berapa pasang tahun ni? (Lagi common question time bulan posa..Haha)
Aku rasa aku sepasang je la....Beli banyak2 pasang pon, aku bukan pakai baju kurung sgt...Membazir saja...(Padahal,nanti aku yg pulun beli sampai berpasang2 tanpa sedar....huahua)
 
 
Oklah..Sampai sini saja entry aku kalini....

"Selamat Berpuasa
Selamat Berbuka 
 Selamat Bersahur"





Tuesday, July 17, 2012

Mari Kita Ber-R&B..Hulahup!Hulahup!Hulalalahulahup!

Assalamualaikum semua!

Entry aku semlm panjaaaaanggggggg kan?an?an? Haha...Sampai member aku si Fana maleh nak baca! Jgn kata Fana, aku pon bila nak baca balek konon2 nak check spelling, jadi tak larat nak baca...Hantu apa la yang merasuk aku semlm sampai ayat2 aku dlm entry semlm puitis bak kata Fana...Oh ye..Dulu masa sekolah Sastera aku teruk ye! Semlm mmg ada hantu yg masuk dlm jari aku...Haha!

But yea! Entry semlm is part of what I'm feeling now...Tapi....Life must go on!!! So, I'm going on with my life!

Yang boleh datangnya idea2 nak menaip aku tu semlm ada sebab2nya:-

1. Yang pertama, sebab petang semlm hujan.... Idea pulak dtg mencurah2..Hujan pulak tu, syahdu jadinya hati aku ni..Haha...

2. Yang kedua, sambil2 dok hujan dan menaip blog aku ni, aku layan lagu2 R&B...Babyface, Kevon Edmonds, KC&Jojo, Boyz 2 Men.....Tu yang lagi syahdu jari jemari aku menaip entry semlm tu! Hahahaha....Kena dgn mood dan suasana dan muzik! Amboi! Haha.

3. Yang ketiga, mcm besa laa sebab semalam ialah hari Isnin..Jadi, aku Monday Blues malas nak buat keja, aku pon update la blog. Haha...Aku menaip semlm punya lah tekun dan laju....Memang bos aku ingat akugigih  dok menaip Minutes laaa...Haha....
_____________________________________________________________________

Ok lah. Sampai sini sahaja entry aku harini.... Aku just nak clarify entry aku semlm adalah kerana hujan, emosi, Monday Blues dan lagu R&B semata2....Hahahaha...

Have a nice day and Selamat Berpuasa all!


~Is it ok if I'm wearing this all the time except when I'm at home with my husband?~


 ~Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak~



Tuesday, June 19, 2012

Sambungan dari Entry Semalam~

Assalamualaikum semua!

Entry harini ialah sambungan dari entry semalam...Saja nak menayang langsir baru..Tapi, motif di sini bukannya aku nak menunjuk2 langsir baru itu tapi nak bagitau betapa berbaloinya beli langsir ni. Worth to buy....Cantik + murah!

Nah..ni gambo2 langsir bilik and langsir kat living room.....

~Ni langsir tingkap kat ruang living room.Cantik kan?an?an?Hehe~

 

~Ni langsir sliding door.Matching dgn langsir tingkap tu la..Aku tau cantikkk.Hehe~

 

~Ni langsir tingkap kat dlm bilik aku...Brown color.Cantik jugak kan?an?Hehe~

 



~Ni langsir kat bilik no. 2..Sama ja corak dgn bilik aku...~

 

~Ohhh..Dustbin ni memang takda kena mengan dgn langsir. Tapi aku nak letak jugak dlm entry ni. Nak habaq, harga dustbin ni RM5 ja. Aku beli kat Daiso. Hehe..Sweet kan dustbin ni?AKu letak dlm bilik aku.Hehe~

 
~Ohhhh...Gambar book case dgn table lamp ni pon memang takda kena mengena dgn langsir..haha...Nak bagitau setelah sekian lama, baru semlm ada masa nak pasang bookcase ni....Tu yang saja nak tunjuk tu...Hehe.~


Oklah...Sekian sampai di sini sahaja entry saya...Semoga kita bertemu kembali di masa hadapan, Insyaallah... Happy working on Tuesday....Fyi, aku Tuesday Blues harini...Malas gila nak pi kerja..... (*______*)




Monday, June 18, 2012

Rumah Oh Rumah!

Assalamualaikum semua!

Nak cerita pasal rumah aku.....(Wowww......Bajet baguih sgt lah!)

Hari Ahad haritu (semalam la) aku pi Sogo....Motifnya pemergian ku ke Sogo tu sebab husband aku nak beli Ray Ban kat kedai Uncle mana tah....Husband aku kata dari haritu lagi dia dok belek2 harga.....Pastu semalam dia nak pi beli...Haihh....Apa dia laaa beli spek mata hitam pon nak beli yang branded2..Mahai pulak tu...Bazir duit saja... (dok beleter macam mak jemah)... Takpa..Biaq pi la kat husband aku....Dah dia tergedik2 nak beli kan...Beli je la...HuiHuiHuiHui....

Ni haa gambo husband aku dok bergaya dgn Ray Ban barunya itu...Apa la kena mengena laki aku beli Ray Ban dgn tajuk entry aku "Rumah Oh Rumah"??? Memang takda kena mengena..Aku kan memang suka lari cerita sikit....Haha...


~Bajet Shah Rukh Khan katanya..Errkk???~

Ok..Ok..Motif sebenar aku pi Sogo ni sebab nak cari langsir tingkap bilik dgn langsir tingkap living room and langsir sliding door......Asalnya nak pi cari kat Ikea..Tapi, rasanya Sogo lagi lagi lagi murah...Kebetulan pulak masa aku pi semlm Sogo dok jual longgok2 langsir, set sarung tilam, Comforter dan bantal kat bawah tu......Apa lagi...Aku pon pi la dok menyempit2 dgn org ramai cari langsir yg murah... Akhirnya, aku dan husband aku dah jumpak langsir murah....Satu RM26 ja...Ada yang RM20..Ada yg RM30...Depends kat labuh and lebar kot....So, aku pon beli laaa langsir utk tingkap bilik, langsir utk tingkap kat living room dgn langsir sliding door....Bagi aku, cantik jugak laaa langsir yang kami beli tu....Aku pon sebenaqnya tak kisah sgt mcm mana rupa langsir aku tu...Sedap di pandangan mata aku dgn laki aku pon cukup la...Org lain punya pandangan mengenai langsir kami itu tidak akan kami hiraukan.....Sebab yang dok rumah kami tu ialah kami berdua bukan orang lain...Hahahaha...Tapi, aku terlupa nak snap gambo langsir baru aku tu...Dah siap pasang dah....Pulun semlm balik dari Sogo terus pasang langsir baru!Hihihihihi...Takpa laaa...Satgi petang aku dah sampai rumah aku snap ler gambo langsir2 baruku itu....

Apa pon, aku sgt berpuas hati dgn langsir baruku itu dan harganya pon sangat berbaloi....

Petang nanti bila aku dah sampai rumah, aku snap gambo langsir baru ye......nanti aku pos...

Jadinya, entry aku kalini, "to be continued" laaaaa....Tunggu sambungannya....(Wahhh..Bajet drama bersiri)

Wassalam.... Happy working on Monday! Jangan Monday Blues okay! Ngeeeeeeee! (^___^)

Thursday, June 14, 2012

MILO Day! I Can Say Today Is My Lucky Day!

Assalamualaikum semua!!!!

Hari ini adalah hari bersejarah buat aku dan hari memecah rekod....Hahahah...

Pagi2 tadi, aku masuk ofis, si budak intern ofis aku bagitau kat aku ada Lori Milo kat luar ofis...Aku dgn tak sabar2 nya, terus letak handbag, on PC pastu terus ajak dia turun bawah nak amik ayaq Milo free!

Bila dah turun tu, apa lagi...Lajulaaaa kami dua org ni berjalan menuju ke Lori Milo...Pastu aku dgn gigihnya, naik atas balik amik handphone aku yg tertinggal kat dlm ofis...Pastu, dengan gigihnya aku dgn si Oni ni turun balik ke Lori Milo tu, menyamar jadi org lain konon2 tak ambik lagi ayaq Milo ni...Hahahaha....

Kitorg pon melepak laaa kat area bawah tu sampai kembung2 perut minum air Milo tu...Puas hati...

Dulu masa sekolah, pakcik Milo tu mcm hadkan sorg dapat satu cawan ja Milo...Jadi, harini takda limitation utk ambik ayaq milo tu..aku bantai sampai 4 cawan.....hahahahaha...pecah rekod kebangsaan aku..Puas hati!!!!!Yaaahooooo! I'm a happy girl!

Nikmatilah serba sedikit gambo2 kenangan bersama Lori Milo... :)





Bnyak kan aku minum ayaq Milo...Siap ada bukti bergambo ni kalau tak percaya jugak taktau laaa..hahahaha.....

Oklah, Selamat Berkerja semua! Dan Selamat Hari Khamis (Malam Jumaat..Ehem..Ehem...)Hihi....

Monday, June 11, 2012

I Can Say This Is The Best Weekend Gateway Ever~

Assalamualaikum semua!

Aku nak share my last weekend gateway dgn budak intern kat ofis aku, Oni... Bolehnya terjadi weekend gateway dgn si Oni ni sebab husband aku gi Company Trip ke Bandung..Maka tinggal laa aku sorg2 kat rumah....Utk mengelakkan daripada rasa sunyi yg melampau, mula2 aku ajak si Oni ni dtg teman aku kat rumah aku....Pastu, aku terasa mcm it's gonna be a very plain weekend la kalau kitorang stay kat rumah je since kereta aku mak mertua aku pinjam gi Melaka....So, bila takdak kereta susah lak nak gerak....Plus, kat area rumah aku ni, public transport takda..Jadi, susah nak gerak pi mana2...



So, aku pon decide nak pi stay kat hotel mana2 kat area KL...aku pon mulakan pencarian hotel di Google....Mostly hotel fully booked mungkin sebab cuti sekolah kot...Finally after a few Google search, aku pon terjumpa satu hotel yang available....Aku pon book bilik  for 2 nites. Hotel ni dekat dgn KLCC...Public transport pon senang....



Fyi, husband aku fly off to Bandung hari Khamis (7th June 2012) and coming back on Sunday (10th June 2012)....Aku membujang selama 3 1/2 hari 3 malam....

Itinerary perjalanan kami bermula begini:-


1. Pada hari Jumaat (8th June 2012) aku mintak kebenaran dari bos aku nak balik pukul 4 ptg. Bos aku bagi kebenaran, jadinya kami keluar ofis around 4.30 pm...Kami naik teksi from ofis ke Kelana Jaya Putra LRT.




2. Dari Kelana Jaya kami naik sampai ke stesen KLCC. Sgt dekat dgn hotel yo!




3. Dari KLCC kami jalan kaki about less than 5 minutes to our hotel : Corus Hotel, KL.




4. Kami pon check-in hotel and our room is on the 4th Floor, room no. 425.




5. Bila dah check in, kami pon mandi and tukar baju and rehat sekejap to refresh sikit then after Isya' around 9pm kami pon keluaq jalan kaki to Suria KLCC. In our mind, kami nak pegi Kinokuniya and then nak beli Subway balik mkn kat hotel.




6. I bought few books from Kinokuniya!




7. Kami bajet2 American dinner makan Subway! Huahuahua...




8. Jadi after dah beli Subway tu kami pon walk back to our hotel....Makan2, sembang2 and then excited nak baca buku yang baru beli tu....Sambil2 tu kami pon berbincang mcm mana nak pi Bukit Bintang esok tu...Naik Putra laa...Naik Monorel la....tetiba Oni ternampak satu flyers hotel yang bertajuk "Free Shuttle Service to Bukit Bintang".....Wowwww!!! Betul2 kami jadi tourist ni! Ini menjimatkan duit dan masa kami! Free Shuttle ni ada timing dia sendiri. Pukul 10.30 pagi, 2 ptg and 6.30 ptg.Sebelum tu, kami kena book shuttle to one hour before. Kami decide utk keluar pukul 2 ptg.




9.  Keesokan harinya, Saturday 9th June 2012 kami pon bersiap2 laaa dlm  pukul 11 camtu...Aku call Concierge counter around 12.30 pm utk book free shuttle service tu. Then around 1.55pm kami pon turun la tunggu kat lobby....Yang naik 4 org ja...2 org tourist dari Pakistan kot...pastu aku dgn Oni....Driver shuttle tu beria2 laa tanya kami ni dari mana...Pastu kami 2 org dah tergelak2 dah...Ckp laa kami ni dari KL je pon..Saja ber"weekend gateway".....Pastu driver tu tanya la kami pernah pi dak Chocolate Kingdom? Ni Chocolate buatan Malaysia...Kami pon ckp laaa tak pernah pi...Driver tu pon dgn baik hatinya bawak la kami pi Beryl's Chocolate Kingdom..Rasanya dah dekat dgn area Bukit Bintang....



10. Kami end up tak beli apa pon kat Chocolate Kingdom tu...Tgk2 ja....Mahal jugak chocolate kat situ....Then, driver Shuttle tu terus laaa hantar kami kat Sg Wang Plaza.....Dgn riang gembiranya, aku dan Oni pon turun dan terus masuk Sg Wang Plaza.....Mcm biasa la, bila dah pi Sg Wang, ada laaa few baju2 murah yang aku "terbeli"......Hikhikhik.....




11. Pastu, kami pi Berjaya Times Square.. Aku nak cari cincin utk aku and husband aku...Sebab cincin lama dia tu dah hilang....Tapi, aku takdaklaaa mcm sesetengah org yang banyak duit tu pi beli kat Habib ka, Lazo Diamond ka, Poh Kong ka, Tiffany & Co ka...Aku pi beli yang Stainless Steel ja...Sepasang dlm RM40 ja...Huahuahua....






12. Bila dah berjaya beli cincin, kami pon patah balik ke Sg Wang utk makan KFC kat sana.....Kemudian, balik ke hotel........Puas shopping..Kalau husband aku gi shopping kat Bandung, aku ni mcm shopping kat Bangkok la...Huahuahuahua....


13. Pada malam hari Sabtu, aku dgn Oni tak pi mana2 pon...Stay kat hotel, baca buku cerita yang kami baru beli sampai tertidoq..Haha...


14. Keesokan harinya, Ahad 10th June 2012, hari yang ditunggu2 tiba..Suamiku pulang dari Bandung..Suamiku belikan macam2..Hahahahah...Takdak la macam2 sangat...Hehe....Jadi, aku pon ajak Oni, adik aku, Aidil pegi ambik husband aku kat LCCT....Bersemangat kental kan?Haha...



15. Lepas dah ambik husband aku kat LCCT, kami pegi pulak Putrajaya sebab nak hantar Oni balik rumah dia....Kebetulan rumah dia dekat dgn Alamanda, kami pon lunch or tea-time kat Alamanda dulu....


16. Lepas makan kat Alamanda, kami pon hantar Oni balik rumah dia and aku,Aidil and husband aku pon balik rumah......Maka berakhirlah weekend gateway aku...Hahahahah...Such a memorable weekend gateway!!!!

17. Ohhh....Apa yang telah dibeli oleh suamiku kepadaku????Jeng....Jeng....Jeng...

Oklah...Setakat ini sahaja.....Salam and bye all! (^_____________^)

Wednesday, June 6, 2012

Chronology Kisah Colleague Aku Dgn Pemberiannya Kepada Perempuan

Assalamualaikum semua....

Harini, aku nak bercerita pasai colleague aku.....Namanya Helmy....Dia belum ada girlfren yang special...Dlm proses katanya...

Dan Pasha (colleague aku jugak dan member baik punya dgn Helmy) telah membuat satu chronology utk Helmy mengenai pembabitannya dlm memberi air(air kotak,air tin dll) kepada perempuan2 yang dia suka....

Ni chronologynya..Hahahha....Aku sanggup Google gambaq2 air kotak&air tin semata2 nak taip entry kalini...hahaha..Semangat dan berdedikasi kan aku???
____________________________________________________________________

Masa Tadika (Kindergarten) Helmy bagi Air Kotak Drinho kat budak perempuan yg dia suka:-



Masa Sekolah Rendah (Primary School) Helmy dah upgrade sikit, bagi Air Tin Coke kat budak perempuan yg dia suka:-



Masa Sekolah Menengah (Secondary School) Helmy upgrade lagi, dia bagi Air Kotak Peel Fresh perasa Orange Juice kat budak perempuan yang dia suka.. Kotak yang besaq punyaaa:-





Masa University, Helmy semakin upgrade, dia bagi pulak Air Coke tapi kalini botol besaq punya.Hahaha:-


Masa dia dah kerja dapat gaji sendiri, Helmy semakin dan bertambah upgrade...Dia dah beli ayaq yang mahai..Dia beli Starbucks + T-Shirt Hardrock bagi kat perempuan yang dia suka:-



















Jadi, setakat ini sahaja penulisan aku harini.....Comel kan colleague aku...hahaha...

Kepada Helmy, Terima kasih sebab bagi aku bahan nak taip blog aku harini.....Thanks a lot!haha... :)