Pages

Followers

Wednesday, June 29, 2011

Hujan Oh Hujan


Di pagi hari Rabu yang indah dah nyaman ni lagi bertambah nyaman bila hujan turun dengan lebatnya...Yang tak bestnya, hujan-hujan camni kena kerja laaa pulak..Kalau tak mesti lepas Subuh tadi aku sambung tido balik..Kompom!


Asal hujan je mesti hari kerja...Asal kerja ja mesti ada hari yang hujan di waktu pagi....Asal cuti je mesti hari panas, takdak hujan....Huhuhuhu.....Cobaan...Cobaan...


Jadinya, motif aku tulis pasal hujan harini ialah......Ermm...Saja suka-suka.....Sebab sejuk gila kat dlm ofis aku ni...Dah mcm dalam peti sejuk....Dah 4 kali aku ulang-alik pegi toilet...asyik nak terkucil je.....



~Beautiful Rains~

Oklah.Sampai di sini saja....Salam and have a nice day peeps!

Friday, June 24, 2011

Garden:Go Green

~Currently, this is my garden...Yeaaa...Not much~




But I'll save some money and I'll transform my little garden into a real garden..exactly like those pictures below.....I'd rather work out something for my home instead of going for a vacation....Serius ni wei...Haha.














































Pre-Loved Item

Hi guys!

I keep on wondering if I want to sell my old baju+handbag+etc, do you think anyone wanna buy? I won'te sell them at a very high price...I'll sell them for the very very very cheap price...Started from RM5-RM20....or maybe RM30....That's it!

I'll take some photos of my baju and i'll post in here later...nanti u guys decide whether ada ke tak orang nak beli baju2 aku ni....banyak gilaaa...

Kenapa aku nak jual baju2 aku ni??? Sebabnya, semua baju aku tu dah tak muat...hihi.

Salam and have a nice day!

Thursday, June 23, 2011

Saya Teringinlah!






Dengan ini saya mengumumkan yang saya nak minum air kelapa + isi kelapa dan saya nak makan tutti frutti dan saya nak makan Haagen Dazs ice-cream cake......Sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaa......


Heheheh....Tempting kan gambar-gambar ni????Tak sabar nak pegi makan semua ni........


Ok lah....Salam and have a nice day.




























Entah Kenapa?

1. Entah kenapa aku tiba2 rindukan Taiping (1985-2000)-satu2nya tempat yg penuh dgn kenangan kanak2&remajaku...




2. Entah kenapa aku rindukan Penang(2001-2002)-satu2nya tempat yg penuh dgn kenangan zaman2 akhir persekolahanku di hostel...tempat di mana aku mula mengenali dunia berdikari...




3. Entah kenapa aku juga rindukan zaman awal dewasa aku yakni di sekitar Gombak Batu 5 (2003-2005)- di mana aku mula mengenali kehidupan sosial dengan dunia luar yg asing bagi aku yang jakun nih...




4. Entah kenapa aku mahu ulang semula zaman2 itu...Taiping-satu tempat di mana majoriti berpendapat hanya sesuai utk org yg sudah berpencen..Ermm, tidak bagi aku..Taiping adalah tenang...tenang yang aku mahukan...lantak org lain nak kata aku ni boring or whatever.




5. Penang - Entah kenapa aku memang rindu gila babi kat kenangan di Penang ni...kalau ada peluang ulang balik zaman aku Form 4&5 aku sanggup ulang balik walaupon kena amik SPM...aku sanggup ulang walaupon sampai Form40!aku sanggup dan aku akan blajaq betui2 dan apply study kat USM (satu2nya IPTA idaman aku)!




6. Perlis - tempat lahirku..sebab tu dlm IC aku kod negeri tu 09...Kenangan kanak2 aku jugak ada kat negeri ni...Entah kenapa sekarang bukan lagi mcm dulu...it was a great2 childhood experience back then...panjat bukit+beli ais kacang+main kat bendang+jln2 satu kampong (i know it sounded like so kampong tapi inilah aku..aku mmg budak kampong and i never embarrassed to admit-dengar pelat utara aku pon dah tau aku dari mana..hehe)..Dan aku rindu kat arwah tokwan aku...aku perlu mengaku,bila arwah tokwan aku masih hidup,seluruh keluarga ayah aku mesti balik kpg...tapi sekarang, jarang2 sekali jumpak semua makcik&pakcik aku....sekarang dah tak semeriah dulu...




7. Zaman bujang (1985-2009) - Aku perlu mengaku kadang2 terdetik jugak kat kepala otak aku ni yg aku rindu zaman bujang aku...kerana time tu aku takdak commitment...boleh buat apa sahaja ikut kepala gila aku...tapi sekarang,tak boleh...aku dah transform menjadi org yg lebih berguna dari dulu...Time bujang,aku buat dulu then baru fikir.bila dah kawen, aku fikir dulu baru aku buat...Kena jaga hati org which is membuat kan perangai aku lebih matang dan kurang sikit kepala gila2 aku (walaupon kadang2 prengai gila aku sama ja mcm dulu!haha)....Naseb bek takda anak lagi..kalau ada anak, aku rasa aku dah mmg mcm mak2 laaaa....




8. Banyak pulak aku mengarut kat sini..tapi aku pon entah kenapa asyik terkenang2 zaman yg dah lama berlalu ni...ikutkan,zaman sekolah aku dah tinggalkan hampir 10 tahun...uish..tua dah aku..zaman bujang aku dah aku tinggalkan hampir 2 tahun...uishh..kejap ja..rasa mcm perasaan nebes nak kawen baru lagi dok rasa..aku rasa mcm baru ja semlm aku tgk bunga api sambut New Year Eve..rupa2nya dah nak masuk bulan 7..uishh..puasa dah dekat ni..puasa aku taun lepas tak ganti2 lagi...Entah kenapa rasa sekejap sgt masa berlalu...




9. Ehh...ingat dah nak abis menaip..rupa2nya aku rasa mcm jari aku ni takmau berenti menaip lagi...Oklah..Entah kenapa tetiba aku dah taktau nak taip apa... So long and gudbye!




Satu fakta menarik : Sebenarnya, entry ni aku taip setahun yang lalu....baru harini aku sempat nak habis menaip entry ni.....hahahahahaha........aku main post je laaa entry ni.....walaupon perasaan "entah kenapa" aku ni sebenaqnya tahun lepas punya entry....haha...




Salam and have a nice day!

Wednesday, June 22, 2011

I Am Physically&Mentally Addicted to HOW I MET YOUR MOTHER!

You guys familiar with HIMYM TV series? It's been the 6th season already.... i am seriously addicted to this sitcom! And i heard they're gonna continue until season 8....



Hurm...Tu je nak bagitau....saja nak bagitau yang aku addicted dengan cerita ni...Sampai tido lambat sebab nak menghabiskan cerita ni...haha...Anyway, adik aku dah download from the internet from Season 1 sampai season 6...So, sekarang ni I'm in the midst of finishing the series...Hahahah.....



Oklaaa...sampai di sini sahaja....










Owhhhhh...I just love all of them!



Salam and Have a nice day!

Tuesday, June 21, 2011

Hari Bapa

Aku memang tak tau tarikh sebenar Hari Bapa...Tapi disebabkan banyak iklan kat TV and member2 dok tolong bagitau bila Hari Bapa, aku end up tau jugak laaaa hari bapa taun ni jatuh pada hari Ahad lepas, 19th June 2011....



Aku tak wish pon kat ayah aku...sebab aku ada class haritu dan aku sgt mengantuk masa kat dlm class tu sebab class tu agak membosankan dan aku sememangnya sgt mengantuk..so sebab tu aku tak dan nak sms ayah aku wish dia Selamat Hari Bapa...



Jadinya, aku wish ayah aku Hari Bapa pada hari Isnin, masa aku tgh dok breakfast kat opis...Aku tak call pon sebab takmau kacau ayah aku kat sekolah...Ayah aku kan cikgu...Aku pon sms je laaa kat ayah aku wish dia Selamat Hari Bapa.....



Kesimpulannya, sajalaaa aku nak cerita yang aku wish ayah aku Selamat Hari Bapa sebab aku sayang gila kat ayah aku....Kadang-kadang kita selalu terlepas pandang or secara tak sengaja bagi ayah kita kecik hati....aku ingat dulu ayah aku selalu ingat aku tak sayang dia sebab aku....hurmmm....ada laaa....tapi jangan risau, aku bukan jenis anak yang kurang ajar melawan mak ayah...cuma ada satu time tu perbuatan aku yang secara tak sengaja ni membuatkan ayah aku rasa kecik hati jap dgn aku.....Tapi, lepas tu aku dah ok dgn ayah aku sebabnya aku memang SAYANGGGGGGGGGGGGGGGGGGG kat ayah dan mak aku dan family aku....





~Ni la sms yang aku bagi kat ayah aku dan ayah aku reply simple dan mantap.haha.~



Kesimpulannya (sekali lagi), aku nak ucapkan "Selamat Hari Bapa" kepada ayah aku dan semua ayah2 kat dunia ni.......Peace yaw! (^_^)

Salam and have a nice day!