Pages

Followers

Thursday, February 10, 2011

K.A.Y.A = B.A.N.Y.A.K D.U.I.T

Bagi aku, definisi kaya ialah banyak duit + hidup bahagia + hati senang + takda hutang (kalau ada pon,kicik2 punya hutang la)...Pendek kata, definisi kaya ni semua yang positif laa...


Semua orang ada impian nak jadi kaya...Bukan kaya yang sapu kat roti tu, tapi kaya dari segi financial, dari segi life, family, budi pekerti..Kaya dari segala aspek!


Tapi....Semua orang bila kaya, depa dapat ka kekayaan dari segala aspek? Nobody is perfect! Pada pendapat aku, ada macam2 jenis kaya:-


1. Ada yang kaya dgn duit, tapi miskin dengan budi pekerti yang baik. Depa sombong / bongkak / riak sebab depa kaya kan...so, org2 kaya ni selalu kata, Hello, I can buy everything with the money!!Who are you tu judge me about my attitude?? Ya! Mereka sombong dan lupa agaknya kekayaan itu datangnya daripada ALLAH s.w.t....Wallahualam, ini urusan antara mereka dan ALLAH. Kita hanya saling mengingati supaya tak lupa diri kot2 esok lusa jadi kaya pulak kan...hihihi...


2. Ada yang kaya dengan budi pekerti..Baik hati laa..Sentiasa hormat orang, sentiasa bersopan santun tapi sederhana ja dari segi kebendaan dan kewangan...Tapi, hidup bersederhana ini bukanlah satu perkara yang menyusahkan..Cuma duit kita tu cukup2 makan je lah! Nak sopping2 ni, mimpi je lah kan! Dan, dengan kehidupan sederhana ini lah secara tersiratnya mendekatkan diri kita dengan ALLAH. Secara tidak langsung membuatkan kita sentiasa ingat pada Nya, sentiasa menyerahkan diri pada Nya dan sentiasa bersyukur dengan pemberian Nya...


3.Ada yang kaya dari segi kehidupannya..keluarganya...sahabat2nya...Contohnya mcm dia mempunyai ibu bapa yang sangat penyayang, mendidik dengan didikan dunia&akhirat dengan sempurna, mempunyai seorang suami/isteri yang setia dan taat pada Nya...Mempunyai anak2 yang soleh&solehah, mempunyai seluruh keluarga yang aman dan harmoni. Mempunyai sahabat2 yang sangat setia, sentiasa di sisi semasa susah dan senang.Wowww...Bukan senang derr nak dapat kawan yang betul2 zaman2 sekarang ni!Banyak yang merapu ja...hihi...


4. Ada yang kaya dengan wang ringgit, tapi tidak bahagia...Yang aku tau la,banyak orang kaya yang jadi lagu ni...Depa kaya, tapi still tak hepi..Contoh, kata sorang pompuan ni, dia kawin dengan org kaya, tapi laki tu jarang ada kat umah...anak pulak takda...parents pon dah takda...so, she feel lonely...Bagi orang yang lonely mcm ni, they all prefer to be happy and have a very very happy family rather money!Serious weh! Aku ada member yang happen to be very lonely and so not happy with her life! bila aku ckp, well, at least you got the money to fill up ur loneliness!Pi aaa holiday kat tempat2 omputih nun!Pi shopping apa tu handbag LV ka...Dia kata, tu laa pasai sebab dah puas sgt shopping sampai at the end, she thinks money is no longer be the most priority in her life!Money can't buy happiness!Ok lah! Susah jugak aku nak paham kan sebab aku bukan org kaya. Hutang aku lagi tinggi, lagi besaq dari aku!Tiap2 bulan, cukup2 makan ja..Indeed, money is super duper important for me!Mati aku bila duit takdak sebab sapa nak bayaq hutang aku!!!Unless, aku meninggal, so insurance can bare the cost, definitely!Naaaah..Mungkin sebab tu ada jugak kes orang palsukan kematian so that insurance leh tolong bayaq hutang depa!hahaha...Gila!Okay, aku dah start nak lari tajuk ni!So, bila kawan aku ni kata duit dah tak penting aku jadi serabut otak!Biaq betui minah ni! Aku boleh jadi gila kotttt kalau aku tetiba kena berenti keja pastu takdak duit! So, it's a very contra opinion between us!She thinks money is nothing and i think money is everything! But i admit the fact that she said money can't buy happiness!This one is so0o0 true!


5. Finally!! Ada jugak yang sangat2 murah rezeki dan bernasib baik..Dia kaya dengan kesemuanya..Kaya wang ringgit + kaya budi pekerti + kebahagiaan yang tak ternilai + kaya dengan iman yang teguh + kaya kesemuanya = Complete set orang kata! Golongan yang macam ni selalunya dia sentiasa mem'balance'kan (adoi, apa haa balance dlm BM??aku tetiba blank) antara dunia+akhirat. Walau macam mana BZ dengan urusan kerja/duniawi, dia tak pernah mengabaikan urusan dengan ALLAH...Balance dunia & akhirat = kaya segala2nya... (Adoii, I still can't figure out what is balance in Malay!!!Maleh nak pi bukak kamus!)


Oh ya!chopp!chopp!Ada jugak laaa yang hampeh!Miskin segala2nya...Duit sentiasa tak cukup, budi pekerti pun kureng, kehidupan, family pon kureng...Amalan dengan ALLAH pon kurengg...Kita doakan sama2 agar insan yang seperti ini dibuka hatinya agar sentiasa ingat pada ALLAH dan agar dia kayaaa.....
Dan aku pon sentiasa berdoa kepada ALLAH agar dimurahkan rezeki aku dan suamiku, agar diterangkan hati kami dan agar kami dilindungi dari segala perbuatan2 yang mungkar!Amin....


Fuhhh! Panjang jugak keluh kesah aku kali ni....


Apa-apa pon, macam mana pon, semua yang kita ada sekarang di dunia ini adalah hak milik kita untuk sementara sahaja. Hak milik kekal adalah millik ALLAH...Sebab itu kita kena sentiasa ingat, beramal dan berdoa pada ALLAH agar dipermudahkan segala urusan kita di muka bumi ini....


Sekian saja di sini. Asar pon dah masuk.Aku pi surau dulu naaaa!

~Hoverr kan gambo ni??Mandi duit derr!Haha~

~Wassalam~


No comments: